Misi Kecemasan Selat Sunda

MyCARE mengikuti secara dekat perkembangan bencana di Selat Sunda yang melanda Indonesia pada 22 Disember 2018 yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 437 orang dan 14,059 orang cedera (BNPB).
Atas semangat persaudaraan dan kemanusiaan MyCARE telah melancarkan Tabung Kecemasan Selat Sunda dan mendapat sokongan dan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah.
Satu misi khas akan bertolak ke Banten esok, 10 Januari akan disertai oleh wakil Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB. Zamri Haji Yusuf, En. Syafiz Majid, Pengerusi MyCARE Alor Setar dan 5 ahli misi yang lain.
Fokus utama misi kali ini adalah sumbangan baikpulih infrastruktur seperti rumah dan sekolah berjumlah RM 35,000 di daerah Pandeglang.
Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah dan semua rakyat Malaysia yang menyumbang ke Tabung Kecemasan Selat Sunda.
Anda boleh terus menyumbang secara online di sini: www.billplz.com/selatsunda
Terima kasih!
Tn Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ketua Pegawai Eksekutif
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit