Krisis kemanusiaan di Yaman adalah antara krisis paling besar ketika ini dengan lebih 80% kanak-kanak di Yaman memerlukan bantuan SEGERA dalam segenap aspek seperti makanan dan perubatan.
MyCARE melalui rakan NGO pelaksana di sana iaitu CSSW dan Muaz Foundation telah menyalurkan sumbangan lebih RM 800,000 sejak 2016 untuk bantuan pek makanan dan bekalan air bersih.
Pada tanggal 9 Januari (Rabu), satu misi kecemasan telah bertolak ke Yaman dalam menghantar bekalan makanan dan air bersih ke kem pelarian di sekitar Yaman.
Misi khas ini diketuai oleh En. Norsyazly Rameli (Pengurus Projek MyCARE) dan Tn Hj Abd Wahab (Pengerusi MyCARE Kedah).
Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyumbang ke Tabung Kecemasan Yaman dan kami masih menerima sumbangan untuk tabung ini sehingga 31 Januari 2019.
Anda boleh terus menyumbang secara online di sini: www.billplz.com/kecemasanyaman
Terima kasih!
Tn Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ketua Pegawai Eksekutif
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas
2 comments
Saya berminat menjadi sukarelawan ke Yaman.
Terima kasih di atas minat saudari. Saudari dialu-alukan untuk menyertai kursus kesukarelawanan yang kami anjurkan dari masa ke semasa. Pendaftaran boleh dilakukan di link berikut: http://www.mycare.org.my/get-involved/