SHAH ALAM, 19 Februari 2019 – MyCARE telah dijemput ke Mesyuarat Penyelarasan Gap Year 2019/2020 oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Jabatan Pendidikan Tinggi.
Apa itu Gap Year?
Gap Year adalah inisiatif baru yang akan diperkenalkan di IPT Malaysia bermula September 2017. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk menangguhkan pengajian untuk tempoh setahun atau dua (2) semester bagi mengikuti aktiviti kesukarelawan. Terdapat tiga jenis program Gap Year: Gap Year National Service Volunteerism, Gap Year Volunteerism dan Gap Year (am).
MyCARE berada di bawah Gap Year Volunteerism dan akan bekerjasama dengan UNISZA untuk menyediakan platform bagi mahasiswa untuk menjalankan aktiviti kesukarelawanan.
Baca lanjut di sini: http://www.mohe.gov.my/pelajar/184-program-utama/redesigning-higher-education/696-gap-year
Bagi para pelajar yang berminat boleh hubungi Pejabat Hal Ehwal Pelajar IPT masing-masing.
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas