Sungai Tekali – MyCARE baru-baru ini telah menyantuni 30 orang pelarian Rohingya di Sungai Tekali dengan beberapa aktiviti iaitu;
1. Agihan pek makanan yang terdiri daripada beras, kacang dhal, bawang, gula, tepung, bihun dan kentang
2. Home schooling oleh sukarelawan Rose2Rose yang melakukannya seminggu sekali
3. Aktiviti Jari Jemari Tajwid secara kerjasama dengan Tenaga Pengajar Dari Akademi Musab
4. Menikmati hidangan KFC bersama-sama
Tujuan program ini dilakukan adalah untuk mengukuhkan ukhuwwah keluarga yang tinggal di situ serta kesinambungan kepada Projek Home Scooling yang dikendalikan pada setiap hari Jumaat.
Anak-anak dan keluarga di situ begitu ceria dengan penganjuran program ini dan bersedia untuk penerusan program dari masa ke semasa.
Terima kasih kepada para penyumbang dan sukarelawan yang telah banyak membantu kerja-kerja kemanusiaan MyCARE dan agensi-agensi di bawahnya.