MyCARE kini berada di Cox’s Bazar untuk mengagihkan 20 mesin jahit kepada 20 wanita Rohingya yang telah dilatih selama 4 bulan.
Ahli misi juga turut menyaksikan sentuhan jahitan label ‘Rose2Rose’ pada pakaian kurta dan gaun kanak-kanak.
Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi, pek makanan asas seperti beras, tepung, kacang dhal, rempah, minyak masak, garam, gula dan kentang juga diagihkan kepada 370 keluarga pelarian Rohingya.
Terima kasih kepada semua para penyumbang yang telah menginfa’kan kewangan dan tenaga dalam menjayakan misi kemanusiaan ini.
Secara jujurnya kami memerlukan lebih dana untuk pek makanan ini dan masih membuka peluang kepada semua untuk menderma.
Sila salurkan sumbangan anda kepada Tabung MyRamadan:
https://mycareproject.org/myramadan/
atau akaun atas nama
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD
1. CIMBimb Islamic – 8602135592
2. Maybank Islamic – 551575004299
3. Bank Islam – 12092010034904
Misi Gifts of Smiles
Cox Bazaar, Bangladesh
1/5/2019