Laporan Penyaluran MyRamadan 2019 di Somaliland

HERGEISA –Kira-kira lebih 400 keluarga daif di perkampungan Sabawanaag, Somaliland menerima bantuan Ramadan berbentuk pek makanan asas yang terdiri daripada beras, gula, tepung, kurma, minyak serta 10 lori tangki air bersih.

Perkampungan Sabawanaag yang terletak di kira-kira 50 kilometer dari ibu kota Hargeisa, Somaliland itu mengambil masa dua jam perjalanan.

Bantuan ini susulan kemarau yang berpanjangan tahun lalu menyebabkan aktiviti pertanian dan penternakan lumpuh. Kemarau berpanjangan juga menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi serta kekurangan air bersih.

Bantuan ini susulan kemarau yang berpanjangan tahun lalu menyebabkan aktiviti pertanian dan penternakan lumpuh. Kemarau berpanjangan juga menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi serta kekurangan air bersih.

Justeru, MyCARE hadir menyalurkan bantuan bagi meringankan beban meraka.

Bantuan bernilai RM200,000 merupakan misi ke-2 ke Somaliland anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan kerjasama African Relief Commitee (ARC) dan misi ini juga disertai penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir.

Ayuh teruskan bersedekah kepada saudara-saudara kita di Somaliland, Palestin, Syria, Rohingya, Iraq dan banyak lagi.

Laporan dan sumbangan boleh dibuat di:
http://www.mycareproject.org/myramadan/

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit