Baru-baru ini Team MyCARE diketuai oleh Pengurus Besar, Puan Roha Hassan bersama Cik Khadijah Said, Eksekutif Projek CBI MyCARE- UNHCR serta staf lapangan, Puan Nurul Asyikin Mohamad Ladzem telah mengunjungi Encik Claudio Moroni, Projek Koordinator MSF bertempat di Klinik Mewah 6, Taman Mewah, Butterworth, Pulau Pinang.
MSF adalah sebuah Organisasi Perubatan Antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan kesihatan asas kepada pelarian dan pekerja migran melalui klinik bergerak di Pulau Pinang secara percuma*.
MSF juga menawarkan pendidikan kesihatan di sekolah dan kepada masyarakat serta membantu mendapatkan perkhidmatan di hospital (melalui penterjemah dan pengaturan dengan pegawai hospital).
Selain itu, organisasi tersebut juga menyediakan sokongan psikologi dan rujukan berhubung dengan UNHCR.
Melalui kerjasama ini MSF bersetuju dengan pihak MyCARE untuk merujuk POC (Person of Concern) atau mana-mana migran yang sakit ke klinik percuma yang diuruskan oleh MSF.
Walau bagaimanapun, MSF tidak memberikan bantuan kewangan penuh kepada semua kes medikal, tetapi mengikut ciri-ciri tertentu sahaja.
Khidmat yang diberikan hanyalah di Pulau Pinang.
Pesakit-pesakit yang berada jauh dari lokasi klinik boleh menghubungi Hotline MSF di talian: 011-1614 5454 untuk membuat temujanji atau mengetahui jadual klinik bergerak di Pulau Pinang.
4 comments
greetings klinik mewah 6. i came across there is employment opportunity at butterworth penang as HR Officer and am interested to apply for it, in considering my experience in the same career environment couple with experience with foreigners such as from nepal, veitnam, myanmar, visa and embassy exposures and so…i am also a certified red crescent first-aider. [edited]
Hello. Please contact them directly. We are only reporting about the project on our website. Thank you.
Selamat pagi tuan dan puan
Saya seorang refuge nama saya muhibulla Abdul hair
Saya nak minta tolong kepada team² MSF bini saya buat book klinik MSF TIMES BINI SAYA BUAT BOOK Klnik MSF sudah Enteviow untuk bagi cad bini saya,sebab bini saya berumur 14
Bini saya bersalin sudah 6 bulan,saya tidak depan iponment untuk cad UNHCR,saya minta tolong sangat² bagi ipoinment untuk anak bini saya
Terima kasih
Terima kasih atas kerana mengunjungi website kami. Tetapi kami MyCARE, bukan MSF. Untuk urusan kad UNHCR, tuan harus bertanya kepada pihak UNHCR sendiri.