KUALA LUMPUR, 15 Jun 2019 – Satu majlis pelancaran buku mengenai Rohingya dalam Bahasa Mandarin telah berlangsung di KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH). Turut dijemput tetamu utama bagi pelancaran buku ini adalah Mdm Ng Geok Chee, selaku Ketua Wanita KLSCAH dan Federation Chinese Assembly Hall Malaysia (FCAM) serta Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, selaku Pengerusi MyCARE.
Buku ini diberikan judul “Rumah Yang Tidak Dapat Pulang” menceritakan kisah pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh dalam bahasa Mandarin. Di samping itu, keadaan Rohingya di Malaysia dan bantuan NGOs terhadap komuniti juga dikongsikan dalam penerbitan tersebut.
Pada masa yang sama, Madam Ng Geok Ghee juga menwakili KLSCAH menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,800 kepada pihak MyCARE. Tujuan sumbangan itu digunakan untuk membina tangga kecemasan Tahfiz Al-Quran Al-Amin MyCARE yang merupakan sekolah tahfiz bagi komuniti Rohingya.
Selepas pelancaran tersebut, perkongsian tentang isu Rohingya juga disampaikan oleh Mr. Sim, selaku Ketua Editor Fo Guang Publication Malaysia dan Teo Ann Siang dari MyCARE untuk membincangkan isu Rohingya di Myanmar, Bangladesh dan Malaysia.
Pihak penganjuran merangkumi KLSCAH Women Section, Mentor Publishing dan MyCARE.