Rohingya Homeschooling (Rose2Rose) : Ajari kami membaca, menulis & mengira

Terima kasih beri kami makanan,
Terima kasih beri kami pakaian,
Terima kasih beri kami tempat tinggal.

Namun, aku mohon ajarilah aku,
Ajarilah aku membaca, menulis dan mengira,
Aku ingin menulis namaku sendiri.

Itulah antara bait-bait puisi oleh seorang gadis kecil yang kami santuni di kem pelarian Syria satu waktu dahulu.

Setiap anak memiliki hak diberikan pendidikan sekurang-kurangnya dapat membaca, menulis dan mengira.

Itulah hadiah terbaik oleh sekumpulan sukarelawan Rose2Rose kepada 15 orang kanak-kanak Rohingya di Sungai Tekali.

Mereka yang terdiri daripada Puan Norlaily, Puan Norazian, Puan Mariana, Puan Salamiah, Puan Zaiton, Puan Anhar, Puan Hasnah, Puan Hafsah dan dibantu oleh staff MyCARE.

Tahun 2020 merupakan tahun kedua projek Rohingya Homeschooling (Rose2Rose) di Sungai Tekali ini dilaksanakan. Projek ini merupakan inisiatif ketiga oleh MyCARE untuk pendidikan anak-anak Rohingya.

Hasrat agar 15 kanak-kanak di Sungai Tekali dapat membaca, menulis dan mengira ini akan dikembangkan. Tahun ini, selain kanak-kanak para ibu juga akan belajar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Lagi gambar-gambar di FB MyCARE

Bagi merealisasi hasrat ini, bantuan para dermawan dialu-alukan!

Sumbangan boleh disalurkan ke:

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
Cimb: 8602 135 592

Untuk maklumat lanjut, hubungi saudari Nurhanis di talian 012-3262671.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit