Tabung Kecemasan Kebakaran Gaza

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita menyayat hati dari Gaza.

Satu kebakaran besar telah berlaku di sebuah pasar di kem pelarian Nusseirat menyebabkan 10 orang terbunuh akibat terperangkap dan 4 daripadanya adalah kanak-kanak.

58 lagi cedera, 14 yang berada di dalam keadaan kritikal kini mendapat rawatan intensif di Pusat Perubatan Al-Syifa, Pusat Perubatan Nasser dan Al-Aqsa.

Kebakaran tersebut turut memusnahkan beberapa buah rumah sekitar kem pelarian yang sesak dengan kereta dan menyebabkan lebih 20 buat lot kedai terbakar.

Kekurangan peralatan dan kelengkapan memadam api menyebabkan jumlah korban meningkat kerana api lambat padam.

Malah, peralatan bomba untuk memadam kebakaran ini tidak mencukupi sehingga lori dan kren berdekatan terpaksa memberi bantuan.

Bulan Ramadan semakin menghampiri. Bagaimana keadaan keluarga-keluarga mangsa kebakaran ini?

Pastinya mereka mengalami kerugian harta yang banyak dan gangguan emosi.

Dengan rasa penuh prihatin dan tanggungjawab, MyCARE akan membuka tabung bantuan kecemasan untuk membantu 10 buah keluarga mangsa setelah mendapat maklumat terperinci dari pegawai MyCARE yang turun ke tempat kejadian dengan target sumbangan berjumlah RM50,000.

MyCARE menyeru rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan untuk bersama kami menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602- 135-592

Sertakan bersama ref ‘mangsa kebakaran’ dan hantarkan WhatsApp/Telegram slip sumbangan anda ke 016-6366 369 (En. Sazlie).

Sebarkan kepada orang ramai.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit