Seperti kita maklum, pasca perang di Syria menyebabkan pelarian-pelarian Syria susah untuk mendapatkan sumber-sumber makanan atau perlu dibeli dengan harga yang tinggi.
Saban tahun, MyCARE membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk bantu meringankan beban saudara-saudara kita ini.
Penyaluran kempen MyRamadan 1441H diteruskan dengan penyaluran pek makanan kepada pelarian Syria di IDP Daerah Bardqaly, utara Idlib.
MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penyumbang yang telah memberikan kepercayaan kepada kami.
Ramadan tinggal 2 hari lagi! Jom pulun gandaan pahala dengan bersedekah kepada yang memerlukan di:
https://donate.mycare.org.my/c/myramadan
Semoga ada sinar kegembiraan buat mereka di bulan Ramadan dan di musim COVID-19 ini.