Peralihan musim bermula dengan hujan lebat dan ribut taufan bakal mengancam nyawa-nyawa anak kecil dan orang tua. Khemah kanvas dan fabrik akan ditenggelami air, diikuti angin ribut menggigit tubuh badan mereka di malam hari.
Kemudian, gugusan-gugusan salji turun, angin sejuk melanda, suhu sejuk yang membunuh tiba!
“𝑺𝒉𝒆 𝒔𝒉𝒐𝒖𝒍𝒅 𝒉𝒂𝒗𝒆 𝒃𝒆𝒆𝒏 𝒘𝒂𝒓𝒎.”
Inilah kata-kata seorang ibu pelarian Syria apabila anaknya Yasmin yang berusia 1 tahun meninggal di dalam dakapannya pada satu malam yang sejuk membeku di kem pelarian Rukban.
“𝑻𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒂𝒅𝒂 𝒍𝒂𝒈𝒊 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒂𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒉𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒀𝒂𝒔𝒎𝒊𝒏 𝒅𝒊 𝒔𝒊𝒏𝒊 (𝒌𝒉𝒆𝒎𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒍𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏) 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒊𝒏 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒅𝒂𝒌𝒂𝒑𝒂𝒏𝒌𝒖. 𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒕𝒊𝒅𝒖𝒓 𝒅𝒂𝒏 𝒂𝒑𝒂𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒊𝒕 𝒇𝒂𝒋𝒂𝒓, 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒌𝒆𝒔𝒆𝒋𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝒂𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂 𝒕𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒅𝒂, 𝒅𝒊 𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒃𝒂𝒚𝒊 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒊𝒅𝒖𝒓. 𝒀𝒂𝒔𝒎𝒊𝒏 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒕𝒖𝒕𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒉𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕.”
Yasmin adalah salah seorang mangsa dari ratusan kanak-kanak di Syria, Yaman, Palestin dan Lubnan yang menjadi korban musim sejuk.
Realitinya 2020, keamanan masih lagi belum tercapai.
Mereka ini merupakan mangsa peperangan dan kerakusan pihak zalim sehingga terpaksa lari sehelai sepinggang mencari perlindungan di tempat lain.
Keadaan semakin buruk dengan tibanya musim sejuk yang melanda kawasan perlindungan. Apatah lagi dengan wabak pandemic COVID-19 menjadi taruhan.
Seperti bedilan bom, musim sejuk juga tidak mengenal mangsa. Bayi dan orang tua adalah golongan yang paling ‘𝙛𝙧𝙖𝙜𝙞𝙡𝙚’ untuk menjadi mangsa korban.
Justeru, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan ini melancarkan Kempen Winter Relief 2020 bagi membantu mangsa dan pelarian yang teruk terjejas dengan musim sejuk.
𝗣𝗲𝗸 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 – 𝗥𝗠 𝟯𝟬𝟬
Untuk 1 buah keluarga selama 30 hari
𝗣𝗲𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 – 𝗥𝗠 𝟮𝟬𝟬
Khemah, selimut & baju sejuk, alat pemanas
𝗣𝗲𝗸 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 – 𝗥𝗠 𝟭𝟬𝟬
Kit sanitasi, face mask & ubat-ubatan
𝑺𝒆𝒍𝒊𝒎𝒖𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂, 𝒉𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂, 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒏𝒖𝒕𝒓𝒊𝒔𝒊 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒂𝒏𝒂𝒌-𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒅𝒊 𝒔𝒂𝒏𝒂. 𝑺𝒂𝒍𝒖𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒖𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒌𝒆:
http://mycare.qrd.by/winter
ATAU
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic: 86-0213559-2
Sertakan bersama ref ‘WinterRelief’ dan e-mailkan ke winterrelief@mycare.org.my atau WhatsApp/Telegram slip sumbangan anda ke +60166366369 (Pn. Ila)
Minta bantuan sahabat-sahabat semua untuk kongsikan ke group-group supaya lebih ramai yang mendapat bantuan.
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas