Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyalurkan sumbangan pek makanan kepada 60 pesakit yang dikuarantin di Pusat Kuarantin COVID-19 di Jisr Ash-Shugur, Idlib, Syria pada 12 Disember 2020 lalu. Sumbangan ini adalah sebahagian penyaluran dari kempen Winter Relief 2020 yang masih lagi berlangsung.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah meringankan beban saudara-saudara kita di musim sejuk ini.
Masih banyak lagi dana diperlukan bagi melengkapkan keperluan asas seperti khemah, selimut, alat pemanas, makanan dan lain-lain agar saudara-saudara kita dapat menghadapi musim sejuk yang membunuh. Selimutkan mereka, hangatkan mereka, dan berikan nutrisi terbaik untuk anak-anak kita di sana.
Salurkan sumbangan anda di http://mycare.qrd.by/winter