Tabung Kecemasan Banjir 2020

Hujan lebat sejak beberapa hari lalu mengakibatkan beberapa negeri seperti Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Perak ditenggelami air.Kita juga digemparkan dengan berita-berita korban mangsa banjir sejak bencana ini berlaku. Sehingga 4 Januari 2020, jumlah mangsa banjir meningkat sebanyak 14,951 orang di 6 negeri yang terkesan.

Dengan itu, MyCARE melancarkan Tabung Kecemasan Banjir bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dengan kerjasama cawangan MyCARE negeri dan agensi-agensi kerajaan. MyCARE juga akan menggiatkan para sukarelawan untuk turun ke lapangan untuk menghulurkan bantuan seperti penyaluran bantuan dan kerja-kerja pembersihan.

Kami menyeru kepada rakyat Malaysia yang dermawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia. Sumbangan boleh dihulurkan atas nama: Humanitarian Care Malaysia Berhad

CIMB Islamic: 8602 135 592

Maklumkan sumbangan anda ke emergency@mycare.org.my atau WA/Telegram ke +6016-636 6369

atau

Derma secara ONLINE di

https://mycare.qrd.by/bencana

16 comments

    1. Terima kasih atas niat baik Saudari / Puan. Kami menerima apa jua jumlah yang disumbangkan. Semoga Allah membalas dengan berkali ganda.

    1. Terima kasih atas niat murni adik untuk menyumbang. Adik boleh minta tolong ahli keluarga yang ada akaun bank untuk bank in. Lebih mudah kalau secara online.

    1. Wa’alaikumussalam wr wbt…
      Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Kami belum dapat memberikan pengecualian cukai. Harap maaf.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit