Bangkit Covid-19: Seruan untuk semua | Covid-19 Pandemic Fund

Tahun 2020 merupakan tahun mencabar buat kita semua. Sektor ekonomi, kesihatan, perkhidmatan, perdagangan, pendidikan dan lain-lain terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.Sebagai NGO kemanusiaan, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ingin menekankan dua sektor yang perlu diberikan bantuan segera.

1. 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧

Sebanyak 36.9 peratus murid di seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti elektronik menurut kaji selidik oleh Kementerian Pendidikan. Pada masa yang sama, lebih 52 peratus pelajar di Sabah misalnya tidak mempunyai akses kepada internet untuk pembelajaran atas talian.

Pada tahun ini, MyCARE telah menghantar bantuan kepada masyarakat Orang Asli di 6 buah kampung. Dalam kaji selidik kami, hampir kesemua anak-anak masyarakat Orang Asli terputus pembelajaran mereka kerana tidak mempunyai peranti elektronik dan capaian internet.

Namun, masyarakat di bandar juga perlu diberi perhatian. Oleh itu, MyCARE telah menyumbang 10 peranti tablet dan penajaan sim kad pada akhir tahun lepas dalam bantuan fasa pertama kepada pelajar B40 yang cemerlang..

2. 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 & 𝐍𝐮𝐭𝐫𝐢𝐬𝐢

Kehilangan pekerjaan bermaksud hilangnya punca pendapatan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah pengangguran di negara ini meningkat kepada 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus pada Disember 2020 (tertinggi sejak tahun 1993). Sebanyak 15,700 individu hilang pekerjaan dalam masa 3 bulan terakhir Oktober, November, dan Disember 2020!

Apa yang membimbangkan adalah bagaimana golongan asnaf dan B40 yang terkesan perlu terus menyara keluarga mereka. Bagaimana pula dengan nutrisi anak-anak mereka? Adakah perlu mereka mengambil langkah seperti menggantikan susu anak-anak dengan campuran susu pekat?

𝗦𝗲𝗷𝗮𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 (𝗣𝗞𝗣) 𝟭.𝟬, 𝗠𝘆𝗖𝗔𝗥𝗘 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗹𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗥𝗠𝟵𝟰𝟬,𝟬𝟬𝟬.

Bantuan COVID-19 tahun 2020 telah disalurkan kepada pihak hospital, frontliners, masyarakat orang asli, gelendangan, anak yatim, komuniti Palestin, Yaman, Indonesia, Rohingya, pekerja buruh, dan ramai lagi.2021 ini, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ingin membawa satu seruan yang jelas untuk seluruh rakyat Malaysia. Ayuh bangkit Bersama!

Dalam siri Kita Jaga Kita tahun ini, MyCARE akan menyalurkan sumbangan berupa:

1. Pek Makanan & Nutrisi
2. Pendidikan

𝗦𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗥𝗠𝟮𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗹𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗞𝗣.

Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan anda ke:

https://mycare.qrd.by/covid

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun.

Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kejohanan Futsal Piala MyCARE 2024

All Eyes On PalestineMyCARE akan menganjurkan KEJOHANAN FUTSAL PIALA MyCARE 2024 – pertandingan akan disertai oleh ratusan anak-anak yatim dari seluruh negeri untuk bersukan sambil

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —