Terima kasih kepada para penyumbang!
Lebih 100 buah keluarga miskin di Gaza, Palestin mendapat manfaat atas penyaluran bantuan musim sejuk 2020.
MyCARE Gaza dengan kerjasama Islamic Society Rafah telah menyerahkan tilam, selimut tebal dan penutup atap bagi menghadapi musim sejuk di sana.
Untuk penyaluran Winter Relief kali ini, MyCARE juga memasang kain nylon bagi menutupi atap zink rumah keluarga-keluarga miskin yang bocor bagi mengelakkan air hujan.
Penyaluran sebelum ini juga termasuk bantuan makanan dan lain-lain.
Lihatlah keceriaan anak-anak kecil dan orang tua kerana anda, penyumbang MyCARE telah menghangatkan musim sejuk mereka.
Doa-doa dari mereka tidak putus untuk anda semua.
Selimutkan mereka, hangatkan mereka, dan berikan nutrisi terbaik untuk anak-anak di sana. Salurkan sumbangan anda ke
http://mycare.qrd.by/winter
ATAU
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic: 86-0213559-2
Sertakan bersama ref ‘WR20′ dan emailkan ke account@mycare.org.my atau WhatsApp / Telegram slip sumbangan anda ke +60166366369 (Pn. Ila)