Konflik Yaman semakin dilupakan media massa. Berita-berita kemanusiaan tidak lagi mendapat liputan. Penyaluran ke tabung kemanusiaan Yaman pula semakin berkurangan.
Berikut adalah fakta nombor yang perlu kita semua tahu:
- 24.3 juta penduduk Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan
- 17.9 juta penduduk kekurangan makanan asas dan penjagaan kesihatan
- 11.2 juta memerlukan bekalan air bersih, sanitasi dan tahap kebersihan yang menyedihkan
- 5 juta orang diancam kebuluran termasuk kanak-kanak dan warga emas
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) merayu kepada seluruh rakyat Malaysia yang dermawan untuk bersama-sama kami mengangkat isu Yaman sekali lagi demi meringankan beban anak-anak kecil yang sedang kebuluran.
Kempen ini ditunjangi oleh Kedutaan Yaman di Malaysia serta gabungan beberapa NGO lain. Salurkan sumbangan anda ke:
Bantuan anda menyelematkan nyawa anak-anak dan warga emas yang sedang memerlukan.