MyCARE dengan kerjasama Madani Institute PL dan Empowered Women Network dari Singapura telah menyalurkan sumbangan makanan panas segera kepada mangsa-mangsa kezaliman rejim Zionis dalam perang 11 hari baru-baru ini.
Sebanyak 600 kotak bekalan makanan telah memberi manfaat kepada 600 buah keluarga di Khanyounis dan sekitar bandar Gaza.
Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai dapur kerana rumah mereka musnah dibedil rejim Zionis.
Alhamdulillah, mereka sangat bersyukur dan berterima kasih kepada para penyumbang dari Singapura yang sangat prihatin akan nasib mereka.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Madani Institute PL dan Empowered Women Network atas kepercayaan yang diberikan untuk menyalurkan sumbangan.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”