Pandemik COVID-19 telah menyebabkan semua lapisan masyarakat terkesan terutamanya terhadap pendapatan harian.
Atas dasar kemanusiaan, tanpa mengira bangsa dan agama, MyCARE meneruskan bantuan COVID-19 kepada 100 orang buruh binaan Indonesia dan 100 orang buruh binaan Bangladesh yang hilang punca pendapatan di sebuah tapak pembinaan Sungai Buloh. Antara bantuan yang disalurkan adalah 10 pek beras 10kg, 30 papan telur dan 40 tin sardin.
Bantuan kemanusiaan COVID-19 telah disalurkan sejak PKP 1.0 tahun lepas kepada semua golongan yang terkesan termasuk rakyat Malaysia, asnaf, masyarakat orang Asli, para pelajar, anak yatim, ibu tunggal, PPR dan banyak lagi.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dermawan MyCARE yang menyokong kempen Bantuan COVID-19 MyCARE.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”