Konvoi 10 trak bantuan kemanusiaan ke Gaza

Meskipun berdepan dengan dugaan pandemik COVID-19, sifat dermawan rakyat Malaysia tidak pernah pudar. Hablum minannas antara rakyat Malaysia dengan Pal.estin sangat utuh.

Buktinya, 10 trak konvoi bantuan pek makanan telah diagihkan hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui MyCARE.

Bantuan kali ini telah berjaya mengagihkan 4,000 pek makanan kepada golongan yang memerlukan di seluruh semenanjung Gaza yang telah memberi manfaat kepada 24,000 orang dengan nilai bantuan RM500,000.

Sebelum proses pengagihan ini dilaksanakan, MyCARE Gaza mengiklankan tender terbuka kepada syarikat dan pembekal yang berminat untuk menawarkan servis dan harga yang berpatutan.

Contohnya, jika 2 pembekal telah menepati semua syarat dan kelayakan, kami akan memilih pembekal yang mampu menawarkan harga terendah dengan kualiti terbaik.

Dengan ini, kami dapat me-maksimum-kan jumlah penerima manfaat. Ya, sumbangan anda kami galas dengan amanah dan cermat!

Tambahan, MyCARE bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Sosial bagi mendapatkan data terperinci mengenai golongan yang memerlukan di seluruh Gaza.

Ini bermaksud sumbangan anda sampai tepat kepada penerima yang benar-benar memerlukan bantuan.

Selain itu, MyCARE bekerjasama dengan pihak polis tempatan dan mematuhi SOP sepanjang konvoi ini berlangsung.

Alhamdulillah, konvoi ini bergerak ke seluruh Semenanjung Gaza dan telah menyantuni 24,000 orang penerima manfaat.

Untuk pengetahuan anda, MyCARE telah menyalurkan sumbangan secara berperingkat ke Pal.estin sejak Ramadan lalu dengan nilai sumbangan RM2.2 juta.

Bantuan secara berperingkat ini melibatkan bantuan kewangan dari segi pek makanan, perubatan, dan kelengkapan rumah seperti tilam dan bantal dan projek infrastruktur.

‘Bina Palestin’ adalah sebuah kempen jangka panjang yang sedang dianjurkan MyCARE.

Kempen ini khusus untuk membina semula Ga.za termasuk pembangunan infrastruktur seperti membina rumah penduduk Gaza yang telah hancur dibedil rejim Zionis serta bantuan perubatan dan makanan.

Di samping itu, MyCARE juga turut membantu melahirkan usahawan kecil dalam pelbagai sektor ekonomi seperti petani dan nelayan di Gaza.

Hasil yang diusahakan ini juga dibekalkan untuk penyaluran bantuan masyarakat sekeliling.

Ayuh bersama kami dalam kempen ‘Bina Palestin’ dengan berkongsi rezeki bersama mereka di:
mycare.qrd.by/palestin

Pada masa sama, MyCARE juga tidak melupakan rakyat Malaysia yang sedang dihimpit krisis pandemik ini.

Kami sedang menjalankan bantuan “Bangkit COVID”, sebuah kempen berterusan dimana bantuan dari sudut bekalan makanan, perubatan, kelengkapan hospital, pendidikan dan wang ringgit telah diagihkan sejak PKP 1.0.

Terima kasih kerana memilih MyCARE!

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[WinterRelief] MyCARE x SPANCH

Dengan ketibaan musim sejuk, ribuan kanak-kanak terpaksa berdepan dengan kesejukan melampau tanpa pakaian dan tempat tidur yang lengkap.   Ramai daripada mereka ini dari keluarga

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program