Antara Haikal Sulaiman & Al-Aqsa

1- Naratif yang disebarkan oleh Yahudi adalah Al-Aqsa merupakan tapak bagi tempat ibadat mereka dengan mendakwa wujudnya ‘Haikal Sulaiman’ yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s. Dikatakan ia masih tertimbus di bawah kompleks Al-Aqsa sekarang.

 

2- Yahudi mendakwa tempat ini adalah khusus untuk penganut agama Yahudi dan Umat Islam tidak ada hak ke atasnya kerana mereka bukan pewaris nabi Bani Israel. Maka Yahudi memiliki perkaitan sejarah & hak pemilikan ke atas tempat ini melebihi dari Umat Islam. Adakah ini benar?

 

3- Mereka merasa bangga dengan pemerintahan Nabi Sulaiman a.s di Palestin dan menganggapnya sebagai ‘pemerintahan Yahudi’. Mereka juga mencanang diri mereka sebagai pewaris bagi pemerintahan ini & negara haram Israel adalah penerusan kepada legasi Nabi Daud & Nabi Sulaiman a.s.

 

4- Maka mereka ingin membina semula ‘Haikal Sulaiman’ yang didakwa wujud itu di Al-Aqsa melalui penubuhan negara haram Israel dan dengan menjadikan pembinaan haikal ini ini sebagai tujuan utama mereka. Setiap hari mereka menceroboh ke Al-Aqsa untuk meninjau tapak haikal ini.

 

5- Untuk menjawab dakwaan palsu Yahudi ini Umat Islam kena kembali kepada Al-Quran yang terkandung padanya jawapan terhadap isu isu Al-Aqsa dan Palestin dengan fakta fakta yang jelas. Persoalan yang perlu dijawab adalah; apakah agama sebenar para nabi & apakah hakikat Islam itu.
Hakikat Islam Menurut Al-Quran.

 

6- Al-Quran menolak & membatalkan segala dakwaan Yahudi bahawa para Nabi & Rasul dari Bani Israel beragama Yahudi seperti yang dianuti sekarang. Al-Quran menjelaskan bahawa mereka semua adalah Muslim & pengikut mereka ialah orang Islam.

 

7- Al-Quran juga menegaskan bahawa segala risalah yang dibawa oleh para Nabi & Rasul terdahulu adalah risalah Islam. Maka Nabi Daud & Nabi Sulaiman ialah orang Islam dan pemerintahan baginda adalah pemerintahan Islam dan bukannya Yahudi yang terbina atas dasar perkauman jahat.

 

8- Sebahagian orang menyempitkan makna Islam hanya pada risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang muncul di Mekah. Seolah olah Islam adalah agama yang baru muncul dan tidak memiliki legasi dari agama terdahulu. Penyempitan makna Islam seperti ini adalah satu kesilapan.

 

3 Makna Islam Menurut Al-Quran

9- Pertama : Islam dengan makna umum : ketundukan & kepatuhan seluruh makhluk kepada Allah SWT. Kedua : Islam adalah agama bagi seluruh Nabi & Rasul serta menjadi risalah mereka. Ketiga : Islam adalah agama bagi Umat Nabi Muhammad SAW.

 

Pertama : Islam dengan makna umum; ketundukan & kepatuhan seluruh makhluk kepada Allah.

Firman Allah:

“Apakah kamu tidak mengetahui bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohon, binatang yang melata, & sebagian besar dari manusia? Dan banyak di antara manusia yang layak ke atasnya azab.” [Al-Hajj:18]

Kesemua makhluk ini tunduk & patuh kepada Allah SWT dan inilah makna ‘Islam’ dari sudut bahasa iaitu ketundukan & kepatuhan kepada Allah SWT.

 

Kedua : Islam adalah agama bagi seluruh nabi & rasul serta menjadi risalah mereka.

Islam adalah risalah semua Nabi & Rasul. Kesemua mereka ialah Muslim & setiap pengikut yang beriman dalam kalangan mereka ialah orang orang Islam. Bermula dari Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad.

 

Maka Islam dengan makna ini memiliki rantaian sejarah yang panjang dan bukan hanya bermula dari kemunculan Nabi Muhamamd SAW di Mekah. Nabi Nuh & pengikut baginda ialah Muslim. Nabi Ibrahim & pengikut baginda ialah Muslim. Begitu juga dengan nabi nabi dari Bani Israel.

 

Islam adalah agama Nabi Nuh a.s.
Kata baginda :

وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

“… dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya).” [10: 72]

Begitu juga pengikut baginda ialah orang Islam.

 

Islam adalah agama Nabi Ibrahim a.s
Firman Allah :

إِذْ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

“(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim), “Berserah dirilah!” Dia menjawab, “Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam.” [2:131]

 

Islam adalah agama Nabi Musa a.s & Bani Israel.

رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

“(Mereka berdoa): “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”. [7:126]

 

Islam adalah agama Nabi Isa a.s & pengikut baginda dari kalangan Hawariyyin.

وَٱشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

“…dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam (yang berserah diri). [Ali-Imran : 52]

 

Ketiga : Islam adalah agama bagi Umat Nabi Muhammad SAW.

Islam adalah agama semua Nabi & Rasul bermula dari Nabi Adam. Islam juga adalah agama yang diutuskan kepada Nabi Muhamammad SAW yang merupakan penutup bagi Nabi & Rasul. Islam ini juga membatalkan syariat umat terdahulu.

Islam yang diteruskan legasinya oleh Nabi Muhammad SAW adalah adalah agama yang diredhai oleh Allah SWT untuk umat manusia.

Firman Allah SWT :

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ ۗ

“Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam.” [3:19]

Dengan ini juga telah menjadi lengkap & sempurnalah Islam yang bermula dari Nabi Adam a.s.

ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًا

“Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redai Islam itu menjadi agama bagimu.” [5:3]

Maka Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah agama bagi kesemua Nabi & Rasul. Juga agama bagi semua pengikut mereka.

Kita semua & mereka ialah penganut agama Islam.

 

Nabi Bani Israel Ialah Muslim

10- Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang keislaman nabi & rasul dari Bani Israel. Bahawa mereka bukanlah penganut agama Yahudi yang telah menyeleweng seperti hari ini yang terbina atas perkauman yang sempit & jahat.

 

Antaranya :

– Nabi Ibrahim bukan Yahudi & Nasrani [3:67-68], agama yang benar ialah Islam yang mengikuti baginda [4:125], ketika membina Ka’bah baginda
mengisytiharkan keislaman baginda [2:127-128] & baginda menamakan kita sebagai orang Islam [22:78].

– Nabi Ya’qub mewasiatkan kepada anak cucu baginda agar tidak mati melainkan sebagai orang Islam [2:132, 133 & 12:101]

– Nabi Musa ialah orang Islam & orang beriman yang pertama dari kaum baginda [7:143], baginda menyeru kaum baginda agar menjadi orang Islam [10:84-85].

 

Nabi Daud & Nabi Sulaiman a.s Ialah Pemerintah Muslim

11- Antara pemalsuan hakikat yang dilakukan oleh Yahudi adalah dengan mendakwa bahawa Nabi Daud & Nabi Sulaiman a.s sebagai pengikut agama mereka & pemerintahan baginda di Palestin adalah pemerintahan perkauman Yahudi.

 

Peranan baginda dalam negara Islam ini adalah sebagai nabi & rasul, raja yang soleh, khalifah yang adil, pendakwah, hamba kepada Allah & mujahid. Baginda memerintah kaumnya dengan ajaran Islam & menyusun atur kehidupan mereka di atasnya. Ini diisyaratkan dalam surah Sod ayat 26.

 

Kata Sheikh Dr Solah Al-Khalidi :

“Pemerintahan Nabi Daud a.s adalah pemerintahan Islam dan bukan Yahudi. Perang baginda adalah jihad untuk menyebarkan Islam dan bukan perang yang berasaskan perkauman Yahudi untuk menyebarkan ketuanan bangsa Yahudi. Baginda menghimpunkan dan membina kesetiaan manusia berdasarkan keislaman & keimanan mereka dan bukannya berdasarkan perkauman & keyahudian mereka.”

 

Maka atas sebab inilah Nabi Daud a.s berlepas diri daripada orang orang kafir walaupun mereka daripada bangsa baginda dan baginda juga melaknat mereka.

 

‏Firman Allah SWT :

لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنۢ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ
وَعِيسَى ٱبْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.” [Al-Maidah : 78]

 

Berdasarkan apa yang disebutkan ini maka Yahudi hari ini yang telah pun kafir & menyeleweng daripada ajaran sebenar Nabi Daud a.s tidak memiliki hak ke atas pemerintahan baginda di Palestin. Mereka telah dilaknat melalui Al-Quran. Bermakna mereka tidak diredai oleh Allah SWT.

 

12 – Nabi Sulaiman a.s sebagaimana ayah baginda meneruskan legasi pemerintahan Islam. Baginda ialah raja yang muslim, khalifah yang adil, hamba kepada Allah, pendakwah kepada Islam & mujahid. Perang yang dilakukan oleh baginda adalah jihad untuk menyebarkan risalah Islam.

 

Ini dapat dilihat pada kisah baginda bersama Ratu Saba’ yang mana baginda menyeru kepada Islam & bukan keyahudian yang sempit & rasis.

 

Pada surat yang diutuskan oleh Hudhud :

وَإِنَّهُۥ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ أَلَّا تَعْلُوا۟ عَلَىَّ وَأْتُونِى مُسْلِمِينَ

“Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”. [Al-Naml : 30-31]

 

Begitu juga pada ayat 38, 42-43, & 44 pada surah yang sama.

 

13- Inilah yang dimaksudkan bahawa pemerintahan Nabi Daud & Nabi Sulaiman adalah pemerintahan Islam iaitu mereka menyeru manusia agar tunduk patuh kepada Allah SWT tanpa mengira bangsa. Pemerintahan ini bukan terbina atas fahaman keyahudian yang rasis lagi penuh kebencian.
‘Haikal Sulaiman’ Bukan Milik Yahudi.

 

14 – Maka ‘Haikal Sulaiman’ yang dibina oleh Nabi Sulaiman -seperti dakwaan Yahudi- pada hakikatnya bukanlah dibina atas dasar keyahudian ataupun untuk mengangkat dan mengabadikan kemuliaan Yahudi. Tidak juga dibina untuk tujuan perkauman.

 

15- Tetapi ‘haikal’ tersebut dibina sebagai tempat ibadat kepada Allah & menjadi tempat manusia menjadi Muslim (berserah diri). ‘Haikal’ ini dibina untuk iman dan taqwa, menjadi pusat kepada iman & Islam kerana tujuan pemerintahan baginda adalah untuk mengislamkan umat manusia.

 

16- Maka atas sebab inilah Islam yang diutuskan kepada Nabi Muhammad SAW adalah pewaris sebenar bagi legasi pemerintahan Nabi Daud & Nabi Sulaiman kerana tujuan Nabi Muhammad SAW adalah seperti mereka berdua juga iaitu untuk menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia.

 

17- Umat Islam telah mewarisi Palestin dan membina Masjidil Aqsa untuk meneruskan niat & tujuan Nabi Sulaiman dalam pembinaan ‘haikal’ tersebut. Sebagaimana Al-Aqsa dibina untuk menjadi pusat keimanan & ketakwaan begitu juga dengan ‘haikal’ yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s.

 

18- Maka Yahudi pada hari ini tidak memiliki seinci hak pun ke atas tanah Palestin & Al-Aqsa kerana mereka bukanlah pewaris sebenar Nabi Sulaiman a.s. Umat Islam adalah pewaris sebenar. Al-Aqsa akan terus dipertahankan dengan nyawa dan juga darah kerana kebenaran bersama mereka.

 

Wallahua’alam.

 

Oleh: https://www.facebook.com/mfakhrifadzli
https://twitter.com/fakhrifadzli

Rujukan : Haqaiq Quraniyyah Haula Qadiyyah Filistiniyyah, Sheikh Dr Solah Al-Khalidi.
Telegram : https://t.me/fakhrifadzli

Comments

One comment

  1. Bacalah terjemahan alquran dalam surah al-baqarah ayat 102 tentang orang yahudi belajar sihir daripada Harut dan Marut di Babilon sewaktu pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit