Sumbangan perubatan ke HSAH

SUNGAI PETANI, 22 Ogos 2021 – Menyahut rayuan para frontliners yang bertungkus-lumus membantu dan merawat pesakit-pesakit COVID-19 dengan pelbagai kekurangan peralatan di hospital-hospital awam, MyCARE telah menyalurkan bantuan peralatan ke Hospital Sultan Abdul Halim.

Antara peralatan yang disumbangkan adalah:

1. Hand sanitizer – 300 unit
2. Facemask N95 – 300 unit
3. Penyembur sanitizer nano – 5 unit
4. Coklat – 14 kotak

Penyerahan bantuan ini disampaikan oleh Ustaz Norsyazli Rameli wakil MyCARE Pusat dan Abdul Wahab Yahya Pengerusi MyCARE Kedah yang disaksikan Dr Azureen, Timbalan Pengarah (Perubatan 3), En.Hafiz Pegawai Perhubungan, Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang MyCARE di atas sumbangan dalam Tabung Bangkit COVID-19. MyCARE menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama kami dalam Tabung Bangkit COVID-19 untuk membantu frontliners dan rakyat Malaysia yang terkesan. Bantuan ini merangkumi dari aspek peralatan, pendidikan, makanan dan lain-lain.

Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan anda ke:
https://mycare.qrd.by/covid

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun. Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan

Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada