Bantuan untuk komuniti Sabah yang terkesan

Pada 16 Oktober 2021, MyCARE dengan kerjasama Pengerusi JK Penduduk Flat Taman Bukit Kenangan, En Abdul Rahim telah mengagihkan agihan Pek Makanan asasi kepada 50 buah keluarga B40 di Flat Taman Bukit Kenangan yang terdiri dari kalangan mereka yang berasal dari Sabah dan telah lama menetap disini.

Kebanyakan mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan dan jurujual di kedai handphone. Mereka sangat terkesan sepanjang PKP ini.

Kedai handphone tempat mereka bekerja ditutup, syarikat keselamatan buang pekerja atau mengurangkan jam kerja. Namun sewa rumah masih tetap perlu dibayar seperti biasa. Inilah antara cabaran kehidupan yang dialami mereka.

Terima kasih kepada Yayasan Buruj dan rakyat Malaysia yang telah menyumbang untuk saudara-saudara kita yang terkesan dengan pandemik ini.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember