MyCARE telah menyantuni 100 buah keluarga dari komuniti India yang terkesan dengan pandemik COVID-19 di SJKT Ladang Batang Kali, Hulu Selangor dan SJKT Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Bantuan pek makanan ini mengandungi beras, telur, minyak, tepung, gula dan barangan khusus untuk etnik India seperti tepung maruku, kacang dhal, rempah-ratus dan lain-lain.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Buruj yang menyumbang untuk penyerahan ini serta sukarelawan yang turun ke lapangan.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”