Qurban Kasih Ummah 1436H (Edisi Tin)

Dilaporkan oleh Hussaini Khairudin
25 Sept 2015 | 11 ZulHijjah 1436H

 
Tepat jam 10.30 pagi 24 September 2015 di India, penyembelihan telah dimulakan di pusat penyembelihan Amroon Food di daerah Uttar Pradesh, utara negara tersebut hasil penyertaan rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif. Wakil dari Aqsa Syarif dan IKRAM (Hussaini Khairudin dan Hariz Hermansah) telah berpeluang menziarahi tapak penyembelihan binatang qurban di sana bagi memastikan segala persiapan berlaku seperti mana yang telah dirancangkan.
Untuk pengetahuan umum, Amroon Foods Pvt. Ltd. merupakan sebuah syarikat di bawah Kumpulan EMKE/LULU UAE, beroperasi di Baravanki, Uttar Pradesh, India. Syarikat ini telah meraih pelbagai anugerah atas kecemerlangannya dalam bidang pengeluaran dan pengeksportan makanan. Beroperasi 24 jam sehari, dengan kapasiti staff nya seramai 800 orang, pada satu-satu masa, kilang ini mampu untuk menempatkan 10,000 ekor binatang qurban.
Dengan menggunakan teknologi dari India dan New Zealand, Qurban dimasukkan ke dalam mesin penyediaan sembelihan dan apabila berada dalam kedudukan yang stabil, penyembelih (2 orang dari kalangan pekerja) akan menyempurnakan penyembelihannya.
Di setiap checkpoint/station, para pekerja telah bersiap sedia dengan tugas yang khusus dari penyembelihan sehinggalah pemotongan daging dan pembungkusannya. Checkpoint nya ada seperti berikut:
1) Checkpoint 1 – Penyembelihan
2) Checkpoint 2 – Mengikat perut dan penyangkutan Qurban
3) Checkpoint 3 – Membiarkan Qurban tergantung
4) Checkpoint 4 – Membersihkan Qurban
5) Checkpoint 5 – Memotong kaki dan kepala Qurban
6) Checkpoint 6 – Menanggalkan kulit daripada badan Qurban
7) Checkpoint 7 – Membuang sistem pencernaan Qurban (perut hingga usus besar)
8) Checkpoint 8 – Memotong Qurban kepada 2 bahagian untuk memudahkan proses pemotongan seterusnya
9) Checkpoint 9 – Menanggalkan lebihan-lebihan pada Qurban termasuk lemak-lemak dan urat saraf
10) Checkpoint 10 – Pembersihan sebelum proses penyejukkan

Setelah itu, daging qurban disejukkan ke dalam Chiller selama 2 jam kemudiaannya dihantar ke dalam Blast Freezer untuk tujuan pembekuan selama 2 jam setengah untuk mengelakkan kerosakan pada daging sepanjang proses pembungkusannya.

Dengan pengoperasian selama 24 jam sehari pada perayaan Aidil Adha, pusat penyembelihan ini mampu memproses sehingga 1,500 ekor Qurban setiap hari. InsyaAllah kesemua 4,878 ekor Qurban (34,146 bahagian)  melalui usahasama ini mampu disempurnakan dalam masa 4 hari.
Kemudian, daging-daging qurban ditempatkan ke dalam kontena berhawa dingin (minima -18 darjah celcius) yang akan dihantar ke Perlabuhan Mumbai sebelum dieksport ke luar negara (UAE) untuk diproses, kemudian ditinkan.
Alhamdulillah, Qurban melalui IKRAM/MyCARE/Aqsa Syarif berjumlah 215 ekor (1,505 bahagian) telah selamat disempurnakan, disenaraikan sebagai Qurban batch pertama 001-215.
Qurban yang disempurnakan akan ditinkan seteruskan diagihkan di tempat-tempat memerlukan seperti berikut:
1) Gaza – MyCARE Gaza
2) Masjidil Aqsa – Tariqul Hayah
3) Jordan – Tariqul Hayah dan i4s Jordan
4) Syria – Al Wafaa (Pelarian Palestin dan Syria)
5) Iraq – An Nahrain
6) Turki – Tariqul Hayah
7) Lubnan – HRD (Pelarian Palestin dan Syria)
Aqsa Syarif, MyCARE dan IKRAM mengucapkan terima kasih kepada para peserta kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk menyempurnakan ibadah qurban tuan-tuan dan puan-puan.
Kepada anda yang tidak berkesempatan untuk terlibat dalam projek Qurban Kasih Ummah 2015 ini, insyaAllah boleh turut serta pada masa akan datang. Selain daripada projek Adahi/Qurbani, MyCARE turut membantu negara-negara yang memerlukan termasuk Palestin sepanjang tahun melalui projek-projeknya.
Bantuan diperlukan segera bagi membantu para pelajar untuk menyambung pelajaran mereka melalui projek  “BACK TO SCHOOL 2015”. Bantuan diperlukan segera bagi membantu penduduk di negara-negara terkesan dengan perang yang menimpa mereka, diterukkan lagi dengan musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi.
Ayuh bantu mereka di Palestin (Gaza dan Tebing Barat), Selatan Turki (Pelarian Palestin dan Syria), Jordan (Pelarian Palestin dan Syria), Lubnan (Pelarian Palestin dan Syria), Syria dan Iraq dalam projek “SHITA 2015” yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
12039711_1034412629915738_2554776853109072842_n 10009830_1034412579915743_2150932792951350865_n   11174975_1034412583249076_5188472423013783109_n 12032157_1034412943249040_663416542381122081_n12032138_1034412729915728_8828223482477280015_n 11951381_1034412696582398_6391571964779018265_n12019926_1034412626582405_9028748445224698555_n 12019997_1034412843249050_6367423340688678199_n12002934_1034412916582376_7338519267136309503_n 11224568_1034412726582395_751643830370132168_n12006093_1034536063236728_2881544844278639076_n 11935020_1034540799902921_1101719310849097329_n12032202_1034536216570046_7443506793957426777_n 12042962_1034412979915703_6546953847794320703_n     12049610_1034530956570572_472729062329445973_n 12032243_1034536706569997_335759372552593878_n12033071_1034534913236843_5385186963722650354_n 12049697_1034536903236644_6042406231059276118_n12036852_1035181403172194_6346416595573405802_n 12039541_1035181489838852_2029831747841708391_n12011181_1035181076505560_6552378293928141315_n 11951829_1035181463172188_564206243630566184_n11953237_1035182066505461_5821835526352678905_n 1901129_1035183246505343_7710945229001384483_n

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit