Kelahiran merupakan anugerah dari Allah SWT buat setiap pasangan. Wajah comel anak mengubat perit ibu melahirkan, menguntumkan senyuman puas bapa dan mematerikan cinta suami isteri.
Sebagai tanda syukur kepada Allah, ayuh zahirkan menerusi ibadah akikah!
“Setiap bayi tergadai dengan akikahnya. Disembelihkan kambing pada hari ketujuh, dicukur rambutnya serta diberi nama.” [Riwayat Abu Dawud, at-Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah]
Maksud “tergadai” di sini adalah tertahan dari suatu kebaikan yang seharusnya diperoleh jika ia diakikahkan. *Lihat keterangan dalam kitab Tuhfat al-Maulud karangan Ibnu al-Qayyim.
Berdasarkan perintah Nabi SAW dalam hadith di atas, maka seseorang tidak sepatutnya meninggalkan akikah jika mampu walaupun hukumnya sunat sahaja. Bahkan pada amalan kebiasaan salafussoleh, mereka melaksanakan akikah untuk anak-anak mereka.
MyQurbani merupakan produk MyCARE yang mempunyai pengalaman selama 23 tahun mengendalikan pelaksanaan akikah dan qurban rakyat Malaysia.
Melalui data dan laporan terperinci, daging akikah anda disalurkan tepat kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.
Ayuh daftar sekarang dengan pakej serendah RM390 sahaja di:
https://mycare.qrd.by/myqurbani