Hujan lebat pada 22 November lalui, menyebabkan Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Lembah Jaya Selatan di sini dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.
Bagi meringankan beban mangsa, MyCARE telah menyalurkan sumbangan kepada para mangsa yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) pada 24 dan 25 November yang berupa:
– 100 pek makanan tengah hari (nasi goreng ayam)
– 264 botol air mineral 600ml
– 100 botol hand sanitizer (50ml)
– 100 unit pelitup muka N95
– 100 pek biskut pelbagai perisa
– 60 air kotak berperisa
– 9 orang tenaga kerja sukarelawan membantu membersih rumah pada 24 dan 25 November
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan penyaluran dan program ini.
Teruskan membantu sahabat-sahabat kita yang terkesan akibat bencana banjir. Layari https://donate.mycare.org.my/
“Nurturing Humanity, Making a Difference”