Ini adalah keluarga Yasser. Beliau merupakan pelarian Syria yang menjadi mangsa kekejaman rejim Assad ke atas rakyatnya sendiri.
Sebagai seorang ayah dan suami, pastinya Yasser ingin menyara keluarganya dan menyediakan yang terbaik. Namun, banyak perkara yang beliau perlu tempuhi.Yasser kehilangan kedua-dua anggota kakinya dalam satu serangan udara. Kecederaan ini seterusnya menjadi lebih teruk dan bengkak sehingga mengakibatkan penyakit osteomyelitis.
Pihak MyCARE telah menyalurkan bantuan musim sejuk berupa keperluan musim sejuk, pek makanan dan ubat-ubatan kepada keluarga ini.
Dalam perjumpaan ini, Yasser kelihatan sangat tabah dan positif. Dua orang anaknya sangat periang dan gembira apabila menerima kunjungan kami. Di sebalik itu, kami mendapat data dari rakan NGO bahawa; Yasser tidak mempunyai kad bantuan perubatan dan tidak mampu ke tempat rawatan; hutang sebanyak 1,000 lira, sewa rumah 700 lira, 3 bil air yang tertunggak dan memerlukan ubat berharga 14 lira setiap hari.
Atas dasar keprihatinan anda, senyuman keluarga Yasser terukir. Atas dasar kasih sayang anda, anak-anak Yasser kini hangat di musim sejuk ini. Kami turut lampirkan lukisan dari anaknya.
Teruskan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan di: https://mycare.qrd.by/winter
atau melalui transfer di dalam talian:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic 8602 13 5592
Rujukan: Winter Relief
Hantar bukti sumbangan ke:
WhatsApp – 016 636 6369 atau winterrelief@mycare.org.my