Hustle demi hasil

Kali ini kami bawakan kisah seorang suami, ayah dan adik yang bertanggungjawab. Susah macam mana pun, beliau tidak canggung untuk berusaha menyajikan makanan kepada tanggungannya.

Abdul Salam, merupakan pelarian Syria yang kini tinggal di kem pelarian di Turki bersama isteri dan 4 orang anaknya. Beliau juga turut membantu menyara keluarga kakaknya yang kematian suami. Ini menjadikan tanggungan Abdul Salam seramai 12 orang termasuk anak-anak saudaranya

.Beliau mengambil upah sebagai buruh binaan dan mendapat gaji bulanan sebanyak 1,300 lira. Walaupun tidak mencukupi, Abdul Salam tidak merungut. Kami mendapat data dari rakan NGO kami bahawa Abdul Salam perlu membayar:

– 700 lira sewa rumah
– 300 lira bil air dan elektrik
– 620 lira + 720 lira kad perubatan (termasuk keluarga kakaknya)

Sepanjang pertemuan kami dengan keluarga ini, Abdul Salam sentiasa tersenyum dan gembira melihat bantuan yang datang jauh nun dari saudara-saudara di Malaysia. Bahagia melihat anak-anaknya gembira mendapat lawatan dari 2 orang pakcik mewakili rakyat Malaysia. Bawa sinar positif untuk anak-anak ini.

Sebagai lelaki, kami faham di sebalik senyuman Abdul Salam.Tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang ayah kepada anak-anaknya, seorang suami kepada isterinya dan seorang adik kepada ahli keluarganya.

Semoga segala hustle ini akan menghasilkan sesuatu yang manis untuk Abdul Salam dan keluarganya. Jika tidak di dunia, pastinya di akhirat sana.

Ayuh teruskan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan di:
https://mycare.qrd.by/winter

atau melalui transfer di dalam talian:

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic 8602 13 5592

Rujukan: Winter Relief

Hantar bukti sumbangan ke:

WhatsApp – 016 636 6369 atau
winterrelief@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit