Tahukah anda?
Di Gaza, Palestin selepas serangan Israel pada 2014 selama 51 hari, lebih 143 buah sekolah musnah dan berita terbaru kami terima kemungkinan 700 buah sekolah dibawah kendalian UNRWA mungkin akan ditutup kerana kekurangan dana.
Di Syria, kira-kira 3500 buah sekolah telah musnah akibat krisis kemanusiaan sejak Mac 2011 sehingga hari ini.
Di Iraq, seramai 540,00 kanak-kanak di Iraq tidak dapat meneruskan sesi persekolah mereka akibat peperangan yang berlaku di dalam Iraq.
Juga keadaan yang sama berlaku kepada kanak-kanak Rohingya di Myanmar, Malaysia dan kanak-kanak beragama Islam di Vietnam dan Filipina.
Dengan itu, Pada bulan ini MyCARE melalui agensi-agensinya melancarkan kempen Back2School dengan tema #KitaKanKawan.
Kanak-Kanak ini amat memerlukan bantuan anda ketika ini! Ayuh menyumbang Hanya RM 150 / set. Setiap Beg mengandungi Baju Uniform, Alatan Tulis dan Buku. Ingin menyumbang? Ingin menjemput kami ke sekolah-sekolah anda secara percuma? Ayuh salurkan sumbangan anda dan serta kami!
[button link=”http://www.mycare.org.my/donate/” type=”big” color=”red”] Donate Now[/button] [button link=”http://www.mycare.org.my/contact-us/head-office/” type=”big”] Contact Us[/button]
7 comments
Salam. Adakah sumbangan yang diberikan akan mendapat pelepasan cukai LHDN ?
Allah is great
Indeed 🙂
Salam, saya ada beberapa persoalan.
1.bagaimanakah saya boleh menghubungi pihak tuan?
2.sudikah pihak tuan bekerjasama dengan pelajar-pelajar dari universiti kebangsaan Malaysia untuk satu program iaitu “A Day with Rohingya”.Program ini akan berjalan pada bulan 3 ini namun kami masih belum menjumpai sebarang sponsor atau NGO yang sudi bersama kami.
Wasalam.
Cik boleh hubungi kami di relations@mycare.org.my atau terus PM Facebook kami.
Kami bersedia untuk menjalin usaha sama demi membantu saudara-saudara yang kurang bernasib baik.
Terima kasih.
Assalamualaikum
Adakah mana2 sumbangan melalui MyCare mendapat pengecualian cukai LHDN?
Terima kasih
Waalaikumussalam wr…
Terima kasih atas soalan tersebut. Setakat ini, sumbangan melalui MyCARE belum mendapat pengecualian cukai LHDN.