Adopt A Hafiz 2016

adoptahafiz_socialmedia

Adopt A Hafiz 2016

Pernahkah kita terfikir mengapa warga Gaza masih mampu bertahan daripada serangan kejam Zionis Israel selama ini?
Apakah rahsia kekuatan mereka?
Jawapannya adalah al-Quran. Ya, al-Quran!
Dari Generasi ke generasi, mereka terus mempertahankan Gaza sehingga ke hari ini kerana telah dididik dan diperkuat jiwa mereka dengan al-Quran. Inilah warisan perjuangan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang begitu berharga sekali.
Justeru, Aqsa Syarif dengan kerjasama Muslim Professionals Forum (MPF) ingin mengajak semua penyumbang yang budiman untuk sekali lagi turut serta dalam projek ‘Adopt a Hafiz’ 2016. Ini adalah tahun keempat penajaan (tahun terakhir) semenjak 2013.
Seramai 900 bakal Hafiz dari Darul Quranul Karim wa Sunnah (DQWS) sedang menantikan penajaan anda.
Dengan RM700.00, anda akan dapat menaja seorang Hafiz al-Quran di Gaza dan memastikan perjuangan membebaskan Palestin terus kuat dan teguh berkat didikan al-Quran kepada generasi muda pewaris pejuangan.
Ayuh, jangan lepaskan peluang ini!
CIMB ISLAMIC: 8602135592
BANK ISLAM: 12092010034904
JomPAY Biller Code: 6197
Emelkan salinan bank slip ke aqsasyarif@mycare.org.my beserta maklumat peribadi anda; nama, nombor telefon, dan alamat surat menyurat. Resit dikeluarkan atas permintaan.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah dan di kalangan para malaikat.”
(Hadis Riwayat Muslim, al-Tarmizi, Ibnu Majah & Abu Daud)
 

2 comments

  1. Salam,
    My family and I are interested with Adopt a Hafiz program.
    I have read the infos above but would like to know in detail the procedures etc.
    Thank you

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

Pek makanan untuk komuniti Rohingya Johor

Menyantuni komuniti Rohingya di sekitar Kampung Teluk Serdang yang diuji dengan musibah banjir serta bingkisan menjelang Syawal untuk memberikan sedikit kegembiraan dan senyuman menjelang syawal