Adopt A Hafiz 2018

Pernahkah kita terfikir mengapa warga Gaza masih mampu bertahan daripada serangan kejam Zionis Israel selama ini?
Apakah rahsia kekuatan mereka?
Jawapannya adalah al-Quran. Ya, al-Quran!
Bukan kerana al-Quran sebagai mushaf semata, tetapi kerana isi kandungan al-Quran, janji-janji Allah dan ganjaran orang yang mempertahankan agama hidup di hati mereka.
Hasilnya mereka tidak gerun kepada dron, bom kimia, tentera Zionis atau senapang, tetapi bertambah keyakinan kepada bantuan Allah walaupun senjata mereka hanyalah batu.
Dari generasi ke generasi, mereka terus mempertahankan Gaza sehingga ke hari ini. Inilah warisan perjuangan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang begitu berharga sekali.
Justeru, MyCARE dengan kerjasama Muslim Professionals Forum (MPF) ingin mengajak semua penyumbang yang budiman untuk sekali lagi turut serta dalam projek Adopt a Hafiz 2018. Ini adalah tahun kedua penajaan bagi batch ke-2.
Seramai 700 bakal Hafiz dari Darul Quranul Karim wa Sunnah (DQWS) sedang menantikan penajaan anda!
Dengan RM900.00, anda akan menaja seorang Hafiz al-Quran di Gaza dan memastikan perjuangan membebaskan Palestin terus kuat dan teguh berkat didikan al-Quran kepada generasi muda pewaris pejuangan.

Ayuh, jangan lepaskan peluang ini!
Jom Taja Hafiz!
Jom Taja Hafiz!
Jom Taja Hafiz!

DUA LANGKAH untuk MEMBANTU

1. INFAQ secara ONLINE: www.billplz.com/tajahafiz
atau melalui akaun atas nama
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD
MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
BANK ISLAM: 1209-20100-34904
Letakkan ref ‘tajahafiz’ atau Whatsapp/Telegram infaq anda ke +6019-655 1948 (En Aiman).
2. SEBAR & TULARKAN
Sebar dan tularkan mesej ini kepada group Whatsapp/Telegram anda agar ramai pihak tampil membantu anak-anak kita di Gaza. Segala bantuan dan pertolongan para dermawan, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sebarang kerjasama program, jemputan ceramah untuk isu Palestin boleh hubungi kami, +6012-2799734 (En Aiman).

10 comments

    1. Wa’alaikumussalam wr wbt…
      Terima kasih kerana berminat dengan projek kami. Puan / Cik boleh menyumbang melalui SenangPay: https://app.senangpay.my/shop/mycare
      Isikan jumlah penajaan (pilihan RM10, RM50, RM100, RM500 atau RM900), butiran peribadi, nama projek dan pakej yang dipilih di ruangan info, akhir sekali nombor kad kredit / debit.

    1. Wa’alaikumussalam wr wbt…
      Terima kasih di atas pertanyaan tersebut. Kami masih lagi di dalam proses memohon pengecualian cukai jadi hanya resit biasa akan dikeluarkan.

    1. Wa’alaikumussalam wr wbt…
      Terima kasih kerana berminat dengan projek kami. Boleh, tiada masalah 🙂

    1. Terima kasih di atas pertanyaan tersebut. Pakej RM900 adalah untuk seorang hafiz selama setahun, manakala pakej RM450 adalah untuk seorang hafiz selama 6 bulan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember