Agihan Pasca Banjir di Selangor diteruskan lagi dengan agihan set perkakasan dapur (dapur masak, periuk nasi elektrik dan cerek elektrik) serta kelengkapan tidur (tilam, selimut dan bantal) ke 2 lokaliti iaitu Shah Alam dan Kuala Langat.
Jumlah agihan kali ini sebanyak 275 unit di Shah Alam dan 325 unit di Kuala Langat bagi setiap satu keluarga yang terkesan akibat bencana banjir.
Terima kasih diucapkan kepada penyumbang dan rakan kemanusiaan kami madani-institute.sg atas sumbangan yang diberikan.