Sejumlah 9 buah keluarga mangsa banjir dari kampung Maju Jaya telah disantuni oleh MyCARE Johor dalam program agihan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan kesan dari bencana banjir yang telah melanda baru baru ini di negeri Johor.
Ramadan kali ini benar-benar menguji kesabaran para penduduk di sekitar Kampung Maju Jaya ekoran dari kesan banjir yang melanda di luar dugaan yang telah menenggelamkan hampir enam kaki ketinggian dalam rumah berbanding sebelum ini yang mencecah paras bawah lutut.

Sejumlah 9 buah pek makanan mentah telah disumbangkan oleh MyCARE Johor melalui Penolong Pengurus MyCARE Johor, Encik Mohamad Saadon kepada mangsa banjir yang terlibat kepada Encik Saayon Siron selaku wakil penerima pada hari tersebut’
Semoga tabah dan sabar kami doakan buat semua mangsa banjir yang terlibat juga jutaan terima kasih kepada semua penyumbang budiman. Semoga segala urusan anda diberi kemudahan.
MyCARE
“Nurturing Humanity Making A Difference.”