Aktiviti Kempen Bulan Anak Yatim

https://www.facebook.com/mycarehq/videos/919109868226088/
 
Kempen bulan anak yatim MyCARE kembali lagi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. Seperti tahun lalu, masyarakat Malaysia akan diberikan peluang untuk menaja dan menyantuni anak-anak yatim Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan Filipina yang berada di bawah kelolaan MyCARE.
Dalam Al-Quran telah menyebut sebanyak 23 kali perkataan ‘yatim’ dan pengunaan perkataan yatim merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan. Ini bermakna mereka yang berada di dalam golongan yatim (anak yatim) memerlukan perhatian dan pembelaan bagi membantu kehidupan mereka agar lebih selesa dan sempurna seperti kanak-kanak yang mempunyai ibu dan ayah.
“Bukankah dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu dia melindungimu. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberi petunjuk. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu dia memberikan kecukupan. Maka terhadap anak-anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang meminta janganlah engkau mengherdiknya. Dan terhadap nikmat tuhan hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)”- Surah Ad-Dhuha ayat 6-11
*********************
Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Mac ini ialah:
1.Educational trip with orphans- Petrosains.
2.Kempen Warkah Buat Anakku
3.Program bersama anak yatim Filipina
4.Majlis bersama penaja – Sibu Sarawak & Johor.
5.Dana penajaan: #Orange4orphans
Justeru, jangan lepaskan peluang untuk turut serta menjayakan kempen ‘Bulan Anak Yatim’ MyCARE agar dapat kita sama-sama membantu anak-anak yatim ini.
Salurkan sumbangan anda melalui:
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code- 6197
Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:
E-mail: account@mycare.org.my
Whatsapp: 01337444760
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Pn Raimi Sayuti / Pn Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760

2 comments

  1. Salam….
    Saya penasihat kelab mycare sekolah.
    Sy nak tnya ada tak aktiviti yg blh melibatkan pelajar sekolah dan bagaimana cara untuk menyertainya.
    Terima kasih.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali