Aktiviti Psikososial Misi Sukarelawan Cianjur

“Sokongan psikososial merupakan salah satu kompenan penting untuk pembentukan kendiri yang positif bagi mengembalikan keceriaan, agar mampu berfungsi secara sihat dan baik dalam kelangsungan hidup serta perhubungan sosial.”
 
Sempena misi yang akan berlangsung tak lama lagi, MyCARE ingin menyeru dan mengajak para penyumbang untuk menderma buat projek kami dalam Misi Sukarelawan Cianjur.
 
Kami bakal mengadakan aktiviti sokongan psikososial bersama warga terkesan bencana gempa bumi. Sehingga kini, kebanyakan daripada mereka masih menetap di khemah sementara yang diberi nama ‘Rumah Senyum’ di Daerah Cugenang, Cianjur. Antara aktiviti psikososial yang akan kami jalankan adalah “Explorace” dan “Team Building“.
 
Oleh itu, kami membuka sumbangan tunai bagi membeli alat tulis iaitu buku mewarna dan set kotak pensel warna sebanyak 100 lot.
 
1 lot hanya serendah RM10 sahaja.
 
Jom rebut peluang untuk menyumbang.
 
1) Aktiviti Psikososial:
– Alat tulis: Pensel, Pembaris dan Bekas Pensel (RM 10 x 50 lot)
– Set mewarna: Pensel warna 12 batang, buku mewarna dan Pengasah pensel (RM 30 x 30 lot)
– Set Psikososial: Set Alat Tulis + Set Mewarna + Bingkisan (RM50 x 20 lot)
 
2) Sumbangan Dana Operasi
 
Salurkan di bawah pakej Aktiviti Psikososial atau Sumbangan Ikhlas
https://mycare.qrd.by/volunteerfund
 
Ayuh menyumbang. Kembalikan keceriaan kepada mereka!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali