Al-Awda Ditawan Tentera Israel

[UNTUK EDARAN SEGERA]
29 Julai 2018, 9.30 malam
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengesahkan bahawa pihak kami dan Pusat Komunikasi Misi ‘Right to A Just Future for Palestine’ (JFP) 2018 telah terputus hubungan sepenuhnya dengan Kapal Al-Awda yang sedang belayar ke Gaza pada jam 7.15 petang tadi waktu Malaysia, 49 batu nautika dari Gaza.
Kami percaya Kapal Al-Awda telah ditawan oleh tentera Israel kerana Al-Awda telah dihubungi oleh tentera laut Israel pada jam 5:40 petang dan diberi amaran bahawa mereka akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk menghentikan pelayaran Al-Awda. Al-Awda juga sempat melaporkan kehadiran 4 buah kapal tentera laut Israel sebelum komunikasi terputus.
Kapal Al-Awda membawa 22 orang aktivis kemanusiaan daripada 16 buah negara termasuk wakil tunggal Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh. Kapal ini turut membawa bekalan perubatan bernilai RM61,000.
MyCARE dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) telah mengaktifkan serta-merta usaha membebaskan ahli misi yang diculik oleh tentera Israel di perairan antarabangsa termasuk menghubungi pihak kedutaan dan pasukan peguam yang telah lantik. Maklumat lanjut akan menyusul.
Kamarul Zaman Shaharul Anwar
CEO
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali