COPENHAGEN, 20 Mei 2018 – Perancangan berjalan dengan baik, Al-Awda bersama dua buah kapal layar, Freedom dan Mairead yang berlayar dari Gothenburg, Sweden telah berlabuh di pelabuhan Island Brygge, Copenhagen.
Misi Flotila ke Gaza,”The Right to A Just Future for Palestine” ini sedang berehat selama dua hari sebelum meneruskan pelayaran sehingga ke Kiel, Jerman pada 22hb Mei. Mereka dijangka sampai di Gaza pada 27hb Julai 2018.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Ahli misi dari Malaysia, Tuan Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar dan Prof. Nazari menyambut ketibaan kapten, ketua misi (Zohar Chamberlain Regev) dan ahli krew yang lain seterusnya mengadakan perbincangan ringkas dan melawat keadaan kapal.
Ratusan komuniti rakyat Palestin yang menetap di Copenhagen turut menyertai ketibaan ketiga-tiga kapal tersebut.
Ikuti perkembangan terkini di Facebook kami.
Bantuan untuk penduduk Putra Heights
Letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini telah mengubah hidup ramai keluarga dalam sekelip mata. Dalam sekelumit detik, tempat tinggal musnah, keperluan harian lenyap,