Anak yatim Rohingya ke Mini Zoo!

Alhamdulillah! Sabtu lalu (17 Mac) telah berlangsungnya aktiviti lawatan ke Mini Zoo, KL Tower bersama anak-anak yatim Rohingya dari 3 buah madrasah iaitu Madrasah Al-Khairiah Kajang, Ethnic Rohingya Committee Of Arakan (ERCA) dan pelajar Tahfiz Al-Amin MyCARE.
Suasana di Mini Zoo ini menjadi meriah apabila anak-anak yatim ini menjadi teruja melihat haiwan-haiwan yang belum pernah mereka lihat.





“Adik-adik ini teruja melihat haiwan-haiwan dalam Mini Zoo ini dan sangat gembira sebab MyCARE memberi peluang kepada adik-adik ini merasai kehidupan seperti kanak-kanak lain,” kata seorang sukarelawan yang bersama mengikuti aktiviti ini.
Banyak ilmu baru yang telah mereka pelajari serta mendapat peluang memberi makanan kepada haiwan-haiwan di dalam Mini Zoo tersebut.
Pihak MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penaja dari Harmony Excellence Holidays HQ, KFC, Etika Sdn Bhd, Little Caliphs International HQ dan Animonsta Studios dan individu penaja yang telah menaja tiket, makanan dan minuman serta cenderahati untuk anak-anak yatim ini.





Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Terima kasih juga kepada pihak KL TOWER MINI ZOO dan rakan media Radio Televisyen Malaysia (RTM), BERNAMA TV, Aljazeera Mubasher Channel, Media Prima Digital, Utusan Online, Bernama News Channel dan Berita Harian Online yang bersama kami untuk membuat liputan.
Tidak dilupakan, sukarelawan-sukarelawan MyCARE yang mengerah tenaga menyantuni anak-anak yatim ini sepanjang program berlangsung.
Anda masih boleh memberi sumbangan kepada Kempen Bulan Anak Yatim ke :
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code – 6197
Rujukan sumbangan : bulananakyatim
Online : https://www.billplz.com/orange4orphan
Hantarkan bukti pembayaran ke :
account@mycare.org.my / 013-7444760 (Whatsapp)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember