KAJANG, 19 Feb 2017 – Satu program bersama komuniti Rohingya telah dianjurkan oleh ARBA Travel & Tours (ARBA T&T) dengan kerjasama MyCARE melalui agensinya Nusantara Care yang bertempat di penempatan komuniti Rohingya Sungai Sekamat. Antara pengisian program ini adalah aktiviti bergotong-royong membersihkan rumah dan persekitaran rumah.
Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Selain itu, ARBA T&T juga telah menyampaikan sumbangan kelengkapan rumah baru seperti katil, tilam, tikar getah, langsir, tong sampah, penyapu, mop dan lain-lain. Para sukarelawan juga sempat menjamu selera makan tengahari bersama-sama dengan komuniti Rohingya.
Di akhir program tersebut, ARBA T&T telah menyerahkan pek makanan kepada setiap rumah yang dihuni oleh penduduk Rohingya terlibat.
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat