Back2School 2023

“Saya ingin belajar dan bermain seperti kawan-kawan lain.. ”
 
Menurut IDEAS dan UNICEF lebih daripada 25% daripada pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNCHR) di Malaysia adalah kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.
 
Hal ini bermakna terdapat 47,200 orang kanak-kanak mempunyai capaian terhad atau tiada capaian langsung kepada pendidikan formal, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan penting lain disebabkan tiada status sah, menjadikan mereka salah satu daripada golongan paling terjejas kepada kesan pandemik COVID-19.
 
MyCARE melalui program Back2School (B2S) 2023 ingin membuka peluang kepada agensi kerajaan, badan korporat dan individu untuk menyumbang serendah RM150 untuk memberikan set kelengkapan sekolah kepada 95 orang murid Rohingya yang berada di pusat pembelajaran alternatif di bawah kelolaan MyCARE.
 
Melalui tajaan RM150 ini, setiap murid akan menerima:

 

  • 2 helai t-shirt sekolah (jersey)
  • 2 helai tudung (untuk murid perempuan)
  • 2 helai seluar slack
  • Kelengkapan asas sekolah (beg, alat tulis, buku tulis dan botol air)

 
Untuk menyumbang, boleh klik link berikut:

https://mycare.qrd.by/learningcentre
 
Sebarang pertanyaan lanjut dan pemberian resit, boleh berhubung dengan koordinator, Pn. Nurhanis di nombor berikut:
http://www.wassap.my/601119582671/Back2School

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk