SERDANG, 29 Nov 2016 – Sempena kempen Back2School (B2S) yang dianjurkan oleh Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), satu penyerahan ringkas beg sekolah dan peralatan tulis telah dilaksanakan di Ethnic Rohingya Committee of Arakan (ERCA) di Sri Serdang, Selangor. Beg sekolah dan alatan tulis telah disumbangkan kepada 90 pelajar Rohingya yang bersekolah di ERCA.
Selain itu, MyCARE melalui agensi Nusantara Care (NICE) juga telah menyerahkan sumbangan ‘School Pack’ kepada 100 anak Rohingya di Madrasah Hashimiah, Selayang pada 16 November yang lalu. Tidak lupa juga sumbangan ‘Food & School Pack’ yang telah diadakan pada 11 November dengan kerjasama dari Unit Sekretariat Anak Yatim MyCARE kepada lebih 10 keluarga miskin dan anak yatim Rohingya di Sungai Sekamat, Kajang.
Terima kasih kepada penyumbang yang prihatin terhadap nasib mereka. Semoga amalan anda semua mendapat balasan kebaikan yang banyak dari Allah s.w.t. Teruskan menyalurkan sumbangan anda kepada Tabung Kecemasan Rohingya.
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat