MyCARE sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM menyantuni veteran ATM untuk penyaluran bantuan bencana banjir yang berlaku di negeri Terengganu dan Kelantan pada 14 dan 15 Januari 2023.
Sebanyak 150 pek makanan disalurkan oleh MyCARE dan diagihkan bersama wang tunai dan kit banjir yang ditaja oleh JHEV ATM.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah JHEV ATM serta agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kelab Veteran Komando Malaysia, Persatuan Veteran ATM, PVTLDM, PVTUDM (Pusat & Cawangan Terengganu).
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”
Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand
Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada