Bantuan baik pulih rumah anak-anak OKU

Anak-anak OKU di Gaza ini kini lebih selesa!

Dalam bantuan kempen Winter Relief 2020, antara inisiatif MyCARE adalah menyediakan tempat tinggal yang selesa buat anak-anak OKU di Gaza.

Musim sejuk yang melampau ini amat merbahaya kepada kanak-kanak lebih-lebih lagi terdapat rumah yang tidak mempunyai tingkap serta atap bocor.

Alhamdulillah, projek ini telah siap sepenuhnya pada tahun ini.

MyCARE telah membantu 3 buah keluarga yang mempunyai anak yang menghidap hemiplegia, kanser, cerebral atrophy dan lain-lain untuk membaik pulih rumah mereka dengan nilai bantuan sebanyak USD10,000.

Antara yang dibina adalah bilik dan tandas yang selesa serta sistem solar untuk kemudahan aircond dan kipas bagi membantu kulit anak ini.

Jutaan terima kasih kepada para dermawan MyCARE yang telah bersama kami dalam kempen Winter Relief 2020.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember