Bantuan bekalan makanan ke Sudan

Alhamdulillah. Pada 8 Mei, bulan Ramadan lalu, MyCARE telah menyalurkan sumbangan Pek Bekalan Makanan kepada 90 buah keluarga yang memerlukan di Sudan.

Sumbangan-sumbangan ini adalah dari penderma MyCARE yang menyertai kempen MyRamadan 2021.

Pek makanan ini telah memberi manfaat kepada 450 orang fakir miskin di Eritrea, Sudan.

Pek ini mengandungi tepung, gula, kurma, kacang, lentil, serbuk oren, dan minyak masak.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan MyCARE yang menyantuni saudara-saudara kita di Sudan.

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun.

Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kerjasama Genki & MyCARE

Terima kasih kepada Genki Malaysia atas sumbangan yang sangat bermakna sebanyak RM100,000.   Inisiatif ini merupakan sumbangan RM1 untuk setiap pembelian pek diapers Genki, yang

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah