Bantuan Bencana Banjir 2021

Ketika ini kerap berlakunya hujan sehingga menyebabkan kepala air, tanah runtuh dan banjir. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara ketika ini berada dalam fasa “Peralihan Monsun”.

Semasa fasa “Peralihan Monsun”, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. Kejadian ini biasanya, berlaku pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri yang berada di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat hingga ke tengah Sarawak.

Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Oleh yang demikian sempena hari Jumaat yang penuh barakah ini MyCARE mengajak anda menyumbang ke Kempen Bencana Banjir (Malaysia) bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir di kala kita masih lagi berdepan wabak Covid-19.

Hulurkan sumbangan anda segera ke:

https://mycare.qrd.by/bencana

atau ke akaun bank:

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 13 5592

Rujukan: Banjir

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank online ke:
WhatsApp – 018 9677215 untuk urusan resit rasmi atau
account@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk

[MyRamadan] Tebing Barat, Palestin

Ramadan di Tebing Barat terus menjadi cabaran buat keluarga yang hidup dalam kesempitan.   Harga barang keperluan semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin berkurang, dan ramai