Bantuan Kecemasan Banjir Pakistan


Hampir 1,000 orang terkorban dan 30 juta hilang tempat tinggal selepas Pakistan dilanda banjir berterusan akibat hujan monsun sejak bulan Jun.
 
Agensi Pengurusan Bencana Pakistan (NDMA) melaporkan lebih 500,000 rumah musnah dengan wilayah paling teruk terkesan adalah di Balochistan dan Selatan Sindh.
 
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif telah memohon bantuan antarabangsa untuk membantu negara itu menghadapi banjir ini.
 
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah memutuskan untuk menghantar bantuan awal berjumlah RM40,000 ke Pakistan.
 
Justeru, MyCARE ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama membantu sahabat-sahabat kita di Pakistan bagi meringankan beban mereka.
 
Untuk menyumbang, salurkan ke
https://mycare.qrd.by/banjirpakistan
 
Mohon jasa baik tuan/puan untuk sebar-luaskan mesej ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai akan dapat kita bantu.
 
Terima kasih atas sumbangan dan bantuan anda.
 
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Infaq 10 akhir Ramadan

Di Yaman, sekitar 500,000 kanak-kanak memerlukan rawatan untuk kekurangan zat makanan yang teruk, dan 17.8 juta orang kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan asas.Di Gaza, serangan

Groceries for Ramadan 2025

Rose2Rose bersama Team Penawar Asnaf mengajak anda untuk menyemarakkan bulan yang mulia ini dengan menyumbang kepada Kempen Groceries for Ramadan! Sasaran: 100 keluarga asnaf di