Seperti mana yang kita maklum, sekatan rejim Zi0nis terhadap Gaza menyebabkan ekonomi Gaza merosot teruk. Majoriti penduduk Gaza menjalankan aktiviti perniagaan bagi menampung kehidupan seharian. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun hujan pula di tengahari.
Penularan COVID-19 di Gaza semakin meningkat menyebabkan arahan lockdown dikeluarkan. Maka, terjejaslah punca pendapatan harian bagi mereka.Atas keprihatinan bersama, MyCARE bersama rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan kali kedua untuk Palestin (bantuan pertama di Tebing Barat dan Baitulmakdis).



Penyaluran pertama di Gaza telah disampaikan kepada keluarga yang menjalani perintah kuarantin dan juga keluarga miskin yang memerlukan. Sebanyak 373 pek makanan telah disalurkan dengan kerjasama pihak kementerian dan pejabat MyCARE Gaza di mana 220 buah keluarga dikendalikan oleh pihak kementerian dan selebihnya melalui MyCARE Gaza.



MyCARE juga sedang menjalankan projek Sabah COVID-19 Food Relief dan Protect Sabah Frontliners. Sebanyak 2,000 unit sut PPE dan juga PAPR telah diserahkan serta lebih 400 buah keluarga asnaf di Sabah telah mendapat bantuan pek makanan.
Kami merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk terus bersama dalam kempen Winter Relief 2020 bagi membantu mangsa dan pelarian yang teruk terjejas dengan musim sejuk. Selimutkan mereka, hangatkan mereka, dan berikan nutrisi terbaik untuk anak-anak kita di sana. Salurkan sumbangan anda ke:
Terima kasih kepada para dermawan yang prihatin yang bersama kami menjayakan projek ini.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”