MyRamadan

Laporan Bantuan
Kecemasan Gaza

2023-2024

Saya mewakili seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, kakitangan dan sukarelawan MyCARE ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang atas kepercayaan yang diberikan untuk kami menyalurkan bantuan anda kepada rakyat Palestin di Gaza. Tanpa kepercayaan anda mustahil MyCARE dapat lakukan semua ini.

 

Penghargaan khas juga kami tujukan kepada Dr. Ziad Shehada, Pengurus MyCARE Gaza dan pasukannya atas kesediaan untuk meneruskan operasi bantuan di tengah-tengah ketidaktentuan dan perang yang berlaku di Gaza. Mereka adalah wira sebenar yang memungkinkan semua ini.

 

MyCARE komited untuk terus memainkan peranan dalam usaha membantu penduduk Gaza dan menjadi suara Malaysia di peringkat antarabangsa untuk membela nasib rakyat Palestin yang tertindas.

 

 

DATO’ SERI IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN

BIN MUSTAPHA
PEng, FIEM, FASc, FAPM

Pengerusi, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

DATO' SERI IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAPHA

PEng, FIEM, FASc, FAPM
Pengerusi, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Saya mewakili seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, kakitangan dan sukarelawan MyCARE ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang atas kepercayaan yang diberikan untuk kami menyalurkan bantuan anda kepada rakyat Palestin di Gaza. Tanpa kepercayaan anda mustahil MyCARE dapat lakukan semua ini.

 

Penghargaan khas juga kami tujukan kepada Dr. Ziad Shehada, Pengurus MyCARE Gaza dan pasukannya atas kesediaan untuk meneruskan operasi bantuan di tengah-tengah ketidaktentuan dan perang yang berlaku di Gaza. Mereka adalah wira sebenar yang memungkinkan semua ini.

 

MyCARE komited untuk terus memainkan peranan dalam usaha membantu penduduk Gaza dan menjadi suara Malaysia di peringkat antarabangsa untuk membela nasib rakyat Palestin yang tertindas.

MyCARE mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Anas, Juruvideo MyCARE Gaza yang syahid dalam serangan rejim Zionis pada 20 Jun yang lalu. Kami menjadi saksi amal dan kesungguhan Allahyarham melakukan yang terbaik untuk MyCARE di Gaza.

 

Takziah juga ditujukan kepada kakitangan MyCARE Gaza dan seluruh penduduk Gaza yang telah kehilangan ahli keluarga mereka yang tersayang dalam genosid yang sedang berlaku. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada mereka untuk menghadapi kehilangan ini.

 

Semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh para syuhada di syurgaNya yang tertinggi.

TERUSKAN BERSAMA KAMI

Untuk laporan beraudit, layari https://www.mycare.org.my/laporan-audit