Bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Baling

MyCARE telah melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan bagi mangsa-mangsa banjir di Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah pada 6 Ogos lalu.
 
Negara dikejutkan dengan peristiwa banjir kilat pada bulan Julai 2022. Kami berpeluang menyantuni pakcik Abd Rahman Said, mangsa yang kehilangan 4 orang ahli keluarganya sekaligus serta rumah total lost dalam bencana ini.

 

 

 

 

 

 

 

 
Bantuan bernilai RM25,000 diserahkan kepada 18 buah keluarga mangsa termasuk sumbangan RM5,000 untuk Sekolah Menengah Agama Yayasan al-Khairiah yang terjejas teruk.
 
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Tabung Pray4Baling MyCARE yang bersama meringankan beban mereka.

 

 

 

 

 

 
Terima kasih juga kepada Pengerusi MyCARE Kedah, Abdul Wahab Yahya, Pengerusi Masjid Al-Falah, Al-Fadhil Ustaz Zawawi Ibrahim, Ustaz Abdul Rahman bin Haji Yahaya Mudir Yayasan Al- Khairiyah, Pengerusi Rose2Rose Kedah Puan Roshadah Ishak dan Timbalan Ketua Wanita IKRAM Kedah, Dr. Rosnita Alias.
 
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan untuk penduduk Putra Heights

Letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini telah mengubah hidup ramai keluarga dalam sekelip mata. Dalam sekelumit detik, tempat tinggal musnah, keperluan harian lenyap,

Qurban Paling Murah!

Mengangkat saranan Allah SWT untuk berkorban, MyQurbani ingin setiap rakyat Malaysia mampu menunaikan ibadah korban dengan membuat keistimewaan pada tahun ini.Pakej termurah kami akan diturunkan

[MyRamadan] Agihan pek makanan di Somaliland

Alhamdulillah, pada Ramadan lalu MyCARE telah berjaya menyalurkan bantuan Ramadan kepada komuniti yang memerlukan di Somaliland – wilayah yang sering terpinggir daripada radar bantuan antarabangsa.